Makanan Tradisional Di Malaysia
#1 ROTI CANAI
Roti Canai merupakan roti leper yang diperkenalkan oleh masyarakat India. Ia boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di Malaysia.
Hidangan ini dibawa oleh immigran Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia. Ia turut dikenali dengan nama ‘roti terbang’ kerana proses pembuatannya yang seakan lemparan dan pusingan sebelum dimasak.

#2 Rojak
Rojak merupakan salad tradisional yang mengandungi pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis rojak iaitu ⁸rojak buah,rojak India, rojak Penang dan rojak sotong kangkung.

#3 Chee Cheong Fun
Chee Cheong Fun dikenali sebagai mee gelung yang berwarna putih dan bentuknya seakan kuetiaw. Ia merupakan makanan masyarakat Kantonis dan berasal dari China Selatan dan juga Hong Kong.

Di Malaysia, Chee Cheong Fun ini biasanya dihidangkan dengan sos soya manis berwarna hitam. Manakala jika di Pulau Pinang, sosnya menggunakan pes udang, berwarna hitam, berasa manis dan pekat seperti karamel.
#4 Sate
Sate merupakan hirisan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan dibakar atas dapur arang. Biasanya sate dihidang dengan kuah kacang dan juga hirisan bawang serta timun.

Terdapat pelbagai jenis sate di Malaysia iaitu sate daging, sate ayam, sate perut dan sate kambing. Ia merupakan kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia dan boleh didapati dengan mudah di gerai penjaja, pasar malam mahupun restoran.
#5 Teh Tarik
Teh Tarik antara minuman yang paling terkenal di restoran mamak dan diperkenalkan oleh masyarakat India. Malah, ia juga boleh didapati di restoran – restoran biasa. Minuman ini digemari hampir kebanyakan masyarakat termasuklah kanak – kanak dan orang dewasa.

Teh Tarik ringkas sahaja bahan yang digunakannya. Serbuk teh yang dimasak terlebih dahulu sebelum dibancuh bersama susu pekat dan susu sejat sering menambat hati masyarakat. Buih yang terhasil dari teh yang ditarik menggunakan koleh cukup memikat jiwa ramai orang.

Terbaik
ReplyDelete