Posts

Makanan Tradisional Di Malaysia

# 1 ROTI CANAI Roti Canai merupakan roti leper yang diperkenalkan oleh masyarakat India. Ia boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di Malaysia. Hidangan ini dibawa oleh immigran Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia. Ia turut dikenali dengan nama ‘roti terbang’ kerana proses pembuatannya yang seakan lemparan dan pusingan sebelum dimasak. #2 Rojak  Rojak merupakan salad tradisional yang mengandungi pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis rojak iaitu ⁸rojak buah,rojak India, rojak Penang dan rojak sotong kangkung. #3 Chee Cheong Fun Chee Cheong Fun dikenali sebagai mee gelung yang berwarna putih dan bentuknya seakan kuetiaw. Ia merupakan makanan masyarakat Kantonis dan berasal dari China Selatan dan juga Hong Kong. Di Malaysia, Chee Cheong Fun ini biasanya dihidangkan dengan sos soya manis berwarna hitam. Manakala jika di Pulau Pinang, sosnya menggunakan pes udang, berwarna hitam, berasa manis dan pekat seperti ...